Pages

Thursday, February 3, 2011

Kenangan Kami - Part 1

Permulaan sebuah persahabatan.

     Dalam kelas 3G terdapat seorang perempuan yang menarik perhatian Yoon A untuk berkawan dengannya. Perempuan tersebut adalah Hyun A. Yoon A cuba menaik perhatian Hyun A dengan menceritakan tentang Boys over Flower (drama korea yang ditayangkan di 8tv) dan berharap Hyun A akan menegurnya dan bercakap dengannya.  Akan tetapi Hyun A tidak pernah bertegur sapa mahupun bercakap dengan Yoon A. Yoon A berasa hairan kerana Hyun A selalu bertegur sapa, bercakap dan bergurau senda dengan kawan-kawan Yoon A, tetapi kenapa Hyun A tidak menegurnya. Lalu Yoon A mula membuat kesimpulan bahawa Hyun A seorang yang sombong dan hanya bergaul dengan budak-budak kelas atas sahaja.
     Pada bulan Mac, semua peminat K-pop di Malaysia tidak sabar menantikan kedatangan artis korea yang di minati ramai iaitu Super Junior pada 20 Mac 2010.Yoon A memberanikan diri menanyakan sama ada Hyun A teruja ataupun tidak Super Junior datang ke Malaysia. Tetapi alangkah terkejutnya Yoon A bahawa Hyun A tidak mengenali Super Junior. Tanpa segan silu Yoon A menceritakan serba sedikit tentang Super Junior kepada Hyun A dan Yoon A berasa gembira apabila Hyun A menunjukkan minat untuk mengetahui tentang Super Junior dengan lebih lanjut.
     Pada keesokkan hari, Hyun A terus mencari Yoon A sebaik sahaja tiba di sekolah untuk memberitahu Yoon A bahawa dia telah mengetahui lebih banyak tentang Super Junior melalui Internnet. Yoon A ketawa apabila mendengar cerita Hyun A. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Hyun A ini kelakar orangnya. Setelah lama berkawan, kini Yoon A melihat Hyun A seorang yang kelakar, pandai, baik hati, dan seorang yang periang kekadang lurus bendul pun ada juga. Haha... Keistimewaan Hyun A yang menarik perhatian Yoon A ialah perangai kebudak-budakkan yang ditunjukkan oleh Hyun A yang kadang-kala mencuit hati. Bagi Hyun A pula Yoon A seperti seorang kakak padanya walaupun pada hakikatnya Hyun A yang lahir duhulu dan sewajarnya dialah yang menjadi kakak kepada Yoon A. Tetapi oleh kerana sikap Yoon A lebih matang daripada Hyun A maka dia tidak kisah dianggap kakak oleh Hyun A.
     Setiap hari pasti ada sahaja cerita korea yang akan mereka bualkan. Mereka tidak ubah seperti belangkas kerana mereka sentiasa bersama dimana jua. Dimana ada Hyun A disitu pasti ada Yoon A. Hyun A seorang yang simple dan sentiasa ceria. Hyun A sentiasa memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja kecuali orang yang dia tidak kenali.
    

1 comment:

Yohyun A said...

Nantikan sambungannya.