Pages

Sunday, February 6, 2011

KOREA!


Hyun A dan Yoon A hendak ke Korea. Tujuan kami ke Korea hanya satu...kami hendak berjumpa dengan semua artis Korea yang kami suka. Hehehee...


Tetapi kalau kami hanya melancong ke sana peluang untuk berjumpa mereka amat tipis. So matlamat Hyun A ialah memasukki Universiti of Seoul.



Tapi masalahnya 18 tahun di Korea bersamaan Form 5 di Malaysia. Di Korea mereka yang berumur 18 tahun masih lagi belajar. Hmm... Eh, masa yang ada itu bolehlah Hyun A gunakan untuk belajar bahasa Korea. Bila sudah fasih berbahasa Korea senang hendak bergaul dengan mereka serta mudah untuk Hyun A berkomunikasi. Betul tak???


Hyun A berazam dari sekarang yang Hyun A akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Mama Hyun A cakap Hyun A perlu buktikan padanya yang Hyun A boleh berdikari dan cemerlang dalam SPM, mama tidak larang Hyun A nak ke Korea. Mama kata pergi mana-mana negara pun mama tidak kisah. Berapa pun kosnya mama tidak kisah asalkan Hyun A belajar bersungguh-sungguh kerana mama nak Hyun A berjaya dalam hidup. Orang yang paling Hyun A sayang dan kagum ialah MAMA.

She's the best MOM ever. She's my treasure.

-Hyun A-

No comments: